Thursday 12 April 2012

PEMULIHAN VS PROTIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Banyak takrifan mengenai definisi Pemulihan oleh pakar-pakar dalam dunia pendidikan. Namun, hakikatnya ia masih membawa maksud yang sama iaitu aktiviti alternatif yang dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari sesuatu kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa. Program PEMULIHAN ini adalah sebagai ganti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa di Kelas Pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran berkenaan.
Justeru, definisi di atas amatlah jelas bahawa bukan sahaja dari segi siapa sasaran untuk pengajaran Pemulihan tetapi juga dari segi fungsi dan tujuannya.
Ia sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira amnya, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.
Objektif pengajaran Pemulihan pula adalah seperti berikut :
  • membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu
  • mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran
  • memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Program Pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru Pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.
PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.
PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. Dalam kelas yang saya ajar sekarang, 10 orang murid tahun 5 terlibat dengan program ini. 3 orang murid lelaki daripadanya tidak boleh membatang suku kata seperti :
  • KA+SUT
  • PEN+SEL
  • GA+JAH
  • DAK+WAT.
  • SE+KO+LAH
  • SU+NGAI
  • KE+RE+TA
Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.
Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.
Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai :
  • SELIPAR murid tulis SIPE
  • LOCENG ditulis LONCENG
  • SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.
Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.
Kedua-dua program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat berguna untuk semua.
Sekian.

Kenangan 2010

Hari ni ada Karnival Bahasa Inggeris di S.K Felcra Nasaruddin. Cikgu eg teingat zaman 2010 cikgu eg bersama 2/3 org geng melatih bdk2 Action song.. pengalaman yg menarik sgt2. ada 2 kenangan manis yg cikgu ingat smpi sekarang :
 1) dapat berkenalan dengan teacher shida yg glamour tu... hehe! 
 2)  paling manis sekali kami jadi Johan masa tu... hehe! 

                                                      Teacher shida kt belakang tu.....

kami johan !!
tq 2 GB Rozieana Lucy yg byk bg support.. yeay!!

Monday 9 April 2012

Kemahiran Motor Halus

Antara ciri – ciri general yang kita boleh perhatikan dikalangan kanak – kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak tersebut belum boleh memasang butang baju, memasang tali kasut dan yang boleh menggangu pembelajarannya ialah ketidakupayaannya memegang pensel dengan baik menulis / mewarna dengan betul.


Apa yang dikatakan kemahiran motor halus?
Kemahiran motor halus adalah koordinasi gerakan otot kecil yang berlaku, contohnya jari kita iasanya berkoordinasi dengan mata.
Kemampuan / kemahiran yang melibatkan penggunaan tangan berkembang dari masa ke semasa. Untuk kanak – kanak normal, perkembangan kebolehan motor halus mereka berkembang sesuai dengan usia mereka.   Normalnya, perkembangan motor halus – koordinasi tangan dan mata bermula dengan gerakan primitif seperti mengambil sesuatu dengan tepat. Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan penggunaan otot halus – otot kecil yang mengawal tangan, jari dan ibu jari.
 Pembangunan kemahiran ini membolehkan seseorang untuk dapat menyelesaikan tugas seperti menulis, menggambar, dan mengancingkan.
Ketika anak memasuki usia  pertengahan, dia membuat kemajuan besar dalam kemampuan artistik mereka. Mereka mula untuk mengekspresikan diri melalui gambar, mengukir, dan modeling tanah liat

Kemahiran Urus Diri
Secara normalnya, anak – anak mampu memperbaiki kemampuan motorik mereka, mereka mampu membantu diri sendiri dengan menyelesaikan kegiatan seharian tanpa bantuan orang lain / dewasa. Contohnya, kanak – kanak pada usia 2 dan 3 tahun mampu membuka dan memakai pakaiannya sendiri. Kanak – kanak pada usia ini juga boleh memanipulasi  pakaian dengan menzip, menggunakan garpu sudu, memasukkan tali ke lubang (lubang besar) manik-manik dan membuka pintu.
Ketika anak-anak berusia antara 3 dan 4, mereka boleh memanipulasikan pakaian dengan kekunci yang lebih besar, menggunakan gunting untuk memotong kertas, dan mampu menyalin bentuk berjajar sederhana dengan menggunakan pensil. Pada 4 hingga 5 tahun, anak mampu berpakaian dan membuka pakaian sendiri tanpa bantuan. Dan pada usia 6, seorang anakmampu memotong makanan lembik dengan pisau dan mampu mengikat tali kasut sendiri.
Sebaliknya bagi anak – anak khas adalah sebaliknya umpamanya kanak-kanak Down Syndrom yang belum boleh lagi memakai seluar tanpa bantuan orang lain pada usia 5/6 tahun.

Kemahiran Menulis
Hal ini penting untuk memahami perkembangan kemahiran motor halus anak-anak untuk memahami alasan disebalik mengapa mereka menyelesaikan tugas-tugas tertentu dengan cara tertentu. Sebagai contoh, kita memberikan lembaran kerja kepada anak – anak, dan didapati hasilnya tidak seperti yang sepatutnya seperti ada tulisan yang besar, “cacat”  dan tidak menampakkan apa yang ditulisnya. Jika perkara tersebut terjadi, maka perhatian perlu dilakukan terhadap masalah pengendalian pensil anak. perkembangan kemahiran menulis ini perlu diambil perhatian memandangkan dengan memperbaiki kemampuan motorik mereka, mereka juga mampu berkomunikasi dengan ekspresi yang ditulisnya. perkara ini dimulai dengan menconteng secara bebas dan ke kemahiran meniru dan seterusnya menyalin semula dan akhirnya menulis dengan baik.
Bagaimanapun, perkembangan kemahiran motor halus ini tidak berlaku pada semua kanak – kanak sesuai dengan usia mereka. Ada juga kanak – kanak yang memerlukan bantuan untuk satu tempoh masa bagi mengembangkan kemahiran motor halus mereka. pendekatan lain perlu diberikan kepada anak ini. Terapis kerja adalah pakar dalam bidang motorik halus dan pembangunan tulisan tangan.

 

 

 

bahan P.point

hari ni kursus cikgu eg kena buat bahan p&p P.point... mari tgk apa je yg ada dlm fail laptop ni... senang! heee....

kenapa cikgu eg guna address jejaricomelmu..???

hehe! kenapa yer..?
 ramai la geng2 cikgu eg tanya dan ketawa dengar address blog ni.. ada reason la semua... 
ada banyak sebab ni..:
1) dari jejari comel ni la, jari murid kita dibentuk supaya mudah memegang pensel , at least leh tulis ABC..
2) sebab ni je address yang 'available'... heee...


itu la sebabnye...

Sunday 8 April 2012